Wednesday, September 24, 2008


Sabelum anda Belajar Silap Mata, Anda harus mempunyai Etika yang betul iaitu

ETIKA Bermain Silap Mata

  1. Harus Merahsiakan Teknik bagaimana ia dilakukan pada sesiapa sahaja.

  2. Jangan mengulangi Permainan Silap Mata walaupun diminta berkali-kali

  3. Jangan beritahu penonton apa bentuk silap mata anda

  4. Penonton harus duduk dihadapan dan pastikan tiada orang dibelakang anda

  5. Jarak Penonton kira-kira 5 hingga 8 kaki

  6. Jangan buat silap mata yang belum mahir

  7. Jika ada peralatan, pastikan ianya tidak rosak

  8. Bercakap lancar dan tenang apabila buat persembahan

  9. Gunakan Gaya Sendiri semasa persembahan

  10. Jangan terlalu lama atau membebel semasa membuat persembahan.

  11. Jangan nyatakan yang anda menggunakan jin atau makhluk halus semasa persembahan

  12. Persembahan harus berkisar dari 10 jenis untuk 40 min permainan.

  13. Jika gunakan binatang hidup pastikan tempat yang dikurung itu selesa.

Sunday, September 21, 2008

Apa itu Silap Mata Motivasi?

Silap Mata Motivasi adalah kaedah menggunakan Silap Mata untuk menerangkan sesuatu secara visual impak dimana sesuatu yang grafik ditekankan melalui persembahan silap mata. Contohnya Impian ianya berbentuk seni tetapi akan dapat divisualkan dengan contoh persembahan silap mata dibawah ini..

Dengan Menggunakan kaedah Silap Mata Motivasi penceramah dapat menerangkan dengan lebih efektif tanpa sedar. (Subconcious awareness)
Ia boleh digunakan untuk penceramah, guru-guru, pelatih, leader mlm, networker, juru jual dll.

Saya akan tunjukkan kaedah silap mata motivasi dalam persembahan saya diblog ini. Selamat Mencuba.

Salam Mesra dari Uncle Zin