Saturday, October 18, 2008

TEKNIK SILAP MATA

Teknik Silap Mata yang harus anda tahu

Teknik Silap Mata Jarak Dekat

Teknik Silap Mata Jarak Dekat atau Close-up Magic adalah yang paling popular sekali dikalangan ahli silap mata kerana ianya boleh dilakukan dimana-mana kadang-kala ia dipanggil Silap Mata jalanan atau Street Magic. Ianya memerlukan hanya peralatan mudah saperti kad terup, gelang getah, tali kasut, cincin, kertas, straw dan sebagainya. Silap mata ini memerlukan banyak latihan tetapi ada juga teknik yang mudah yang boleh anda lakukan. Silap mata ini dipopularkan oleh ahli silap mata saperti David Blaine, Criss angel & The ellusionist.

Teknik Silap Mata Apungan

Silap mata apungan yang boleh membuat orang seakan-seakan terapung setelah dipukau memang menakjubkan. Hari ini pula ia diolah lagi menjadi lebih menakjubkan iaitu mengapungkan diri sendiri. Silap mata ini sangat popular setelah David Blaine menunjukkannya diRancangan Magik TV beliau. Sabenarnya teknik ini sangat mudah cuma persembahannya yang diatur harus dilakukan oleh orang-orang yang dah mahir.

Teknik Silap Mata MInda

Teknik Silap Mata Minda dipercayai dilakukan oelh orang yang mempunyai kuasa minda yang luar biasa saperti Uri Gellar yang boleh membengkokkan sudu & garpu dengan mindanya sahaja dan menggelarkan diri mereka The Mentalist. Tetapi ahli-ahli silap mata yang terkenal saperti Richard Osterlind, Banachek dan ramai lagi dapat melakukan teknik silap mata minda dengan menakjubkan maka Silap Mata Minda ini telah mendapat tempat sebagai sebahagian daripada rutin Silap Mata yang lain.

Teknik Silap Mata Komedi

Teknik Silap Mata Komedi sabenarnya adalah pertunukan silap mata yang tak menjadi dimana bila ia ditunjukkan dengan rutin yang menarik ia juga akan menjadi satu persembahan yang menakjubkan. Ada kalanya rutin silap mata ini memag dilakukan untuk menjadi silap mata komedi saperti the bending wand, the crooked card, the mouth coils dan lain-lain.

Teknik Silap Mata Illusi

Teknik Silap mata Illusi adalah Teknik Silap Mata yang memerlukan persediaan yang rapi dan perbelanjaan yang banyak contohnya ahli illusi David Copperfield hilangkan Statue of Liberty. Walau bagaimanapun ada juga silap mata illusi yang murah dan boleh dilakukan sebagai persembahan dipentas contohnya memakan pisau cukur, memotong tangan diguletin atau menusuk pedang dileher penonton.

Selain dari yang diatas adalah lagi teknik silap mata yang anda boleh pelajari Teknik Silap mata Lepasan Diri (Escape Tricks), Teknik Silap Mata Penukaran Kostum (Change of Costume), Silap Mata Burung (Dove Tricks) dan Silap Mata Ilmu Ghaib (Medium Tricks)

Saturday, October 4, 2008

Teknik Belajar Silap Mata

Teknik Belajar Silap Mata


1. Baca dan fahami isi Penerangan sabelum bermula, emel kepada pengarang jika ada soalan.
2. Fahami dari foto-foto atau video yang disediakan berkali-kali sahingga konfiden
3. Buat prop atau alatan dulu sabelum mulakan latihan dan kenali fungsinya
4. Berlatih sendirian dulu sabelum tunjukkan pada yang lain
5. Berlatih, berlatih dan Berlatih jangan jemu
6. Jangan buat silap mata yang belum mahir
7. Jika ada peralatan, pastikan ianya tidak rosak
8. Pastikan rutin yang tebaik dan jadikannya platform persembahan anda
9. Gunakan keluarga atau sahabat karib sebagai penilai persembahan anda
10. Bila telah konfiden barulah buat persembahan dengan orang awam.

Apa yang penting anda harus mempunyai etika ahli silap mata yang betul. Belajar tanpa jemu, berlatih, berlatih & berlatih dan akhir sekali merahsiakan Ilmu Silap Mata itu sendiri. Selamat Mencuba.