Wednesday, December 31, 2008
Silap Mata & Ramli Sarip
Saturday, November 22, 2008
TEKNIK SILAP MATA KANAK-KANAK
G Teknik Silap Mata Kanak2
T Teknik Silap mata kanak-kanak adalah yang paling senang mendapat pendapatan lumayan kerana bukan sahaja ianya mudah tetapi cirri-ciri kanak-kanak membuat anda senang
membuat silap mata:-
Kanak-kanak senang dihiburkan
Sentiasa Girang
Suka Mencuba
Senang menjadi sukarela untuk mencuba
Ibu bapa senang bayar untuk kebahagian anak-anak
Tak banyak Modal
Senang memdapat jemputan yang lain kerana ramai ibu bapa dimajlis itu
Ikut apa yang disuruh Acaranya kurang 40 min tapi harga lumayan (RM$200) Akan menjadi pelanggan tetap jika persembahan menarik
Routine yang harus ada dalam Silap Mata Kanak
Silap Mata Produksi (Mengeluarkan sesuatu dari barangan/tangan kosong
Silap Mata Komedi (Silap mata menggunakan penonton dan menghiburkan)
Silap Mata Illusi (Silap mata yang menghairankan & suspen)
Silap Mata Pelepas Diri (Menggunakan tali atau rantai besi untuk dilepaskan)
Rutin-rutin inilah yang anda akan pelajari kerana ia merupakan teknik yang terbaik dan mudah untuk di ikuti dan dipelajari.
Sekian untuk kali ini, jika ada pertanyaan sila hubungi saya di usahawan_siber@yahoo.com.sg
Thursday, November 6, 2008
Memperkenalkan Rahsia Silap Mata Percuma!
http://www.silapmata_motivasi.pseudotube.com
Terina kasih
Uncle Zin
www.unclezin.multiply.com
www.silapmata_motivasi.pseudotube.com
Saturday, October 18, 2008
TEKNIK SILAP MATA
Teknik Silap Mata yang harus anda tahu
Teknik Silap Mata Jarak Dekat
Teknik Silap Mata Jarak Dekat atau Close-up Magic adalah yang paling popular sekali dikalangan ahli silap mata kerana ianya boleh dilakukan dimana-mana kadang-kala ia dipanggil Silap Mata jalanan atau Street Magic. Ianya memerlukan hanya peralatan mudah saperti kad terup, gelang getah, tali kasut, cincin, kertas, straw dan sebagainya. Silap mata ini memerlukan banyak latihan tetapi ada juga teknik yang mudah yang boleh anda lakukan. Silap mata ini dipopularkan oleh ahli silap mata saperti David Blaine, Criss angel & The ellusionist.
Teknik Silap Mata Apungan
Silap mata apungan yang boleh membuat orang seakan-seakan terapung setelah dipukau memang menakjubkan. Hari ini pula ia diolah lagi menjadi lebih menakjubkan iaitu mengapungkan diri sendiri. Silap mata ini sangat popular setelah David Blaine menunjukkannya diRancangan Magik TV beliau. Sabenarnya teknik ini sangat mudah cuma persembahannya yang diatur harus dilakukan oleh orang-orang yang dah mahir.
Teknik Silap Mata MInda
Teknik Silap Mata Minda dipercayai dilakukan oelh orang yang mempunyai kuasa minda yang luar biasa saperti Uri Gellar yang boleh membengkokkan sudu & garpu dengan mindanya sahaja dan menggelarkan diri mereka The Mentalist. Tetapi ahli-ahli silap mata yang terkenal saperti Richard Osterlind, Banachek dan ramai lagi dapat melakukan teknik silap mata minda dengan menakjubkan maka Silap Mata Minda ini telah mendapat tempat sebagai sebahagian daripada rutin Silap Mata yang lain.
Teknik Silap Mata Komedi
Teknik Silap Mata Komedi sabenarnya adalah pertunukan silap mata yang tak menjadi dimana bila ia ditunjukkan dengan rutin yang menarik ia juga akan menjadi satu persembahan yang menakjubkan. Ada kalanya rutin silap mata ini memag dilakukan untuk menjadi silap mata komedi saperti the bending wand, the crooked card, the mouth coils dan lain-lain.
Teknik Silap Mata Illusi
Teknik Silap mata Illusi adalah Teknik Silap Mata yang memerlukan persediaan yang rapi dan perbelanjaan yang banyak contohnya ahli illusi David Copperfield hilangkan Statue of Liberty. Walau bagaimanapun ada juga silap mata illusi yang murah dan boleh dilakukan sebagai persembahan dipentas contohnya memakan pisau cukur, memotong tangan diguletin atau menusuk pedang dileher penonton.
Selain dari yang diatas adalah lagi teknik silap mata yang anda boleh pelajari Teknik Silap mata Lepasan Diri (Escape Tricks), Teknik Silap Mata Penukaran Kostum (Change of Costume), Silap Mata Burung (Dove Tricks) dan Silap Mata Ilmu Ghaib (Medium Tricks)
Saturday, October 4, 2008
Teknik Belajar Silap Mata
Teknik Belajar Silap Mata
1. Baca dan fahami isi Penerangan sabelum bermula, emel kepada pengarang jika ada soalan.
2. Fahami dari foto-foto atau video yang disediakan berkali-kali sahingga konfiden
3. Buat prop atau alatan dulu sabelum mulakan latihan dan kenali fungsinya
4. Berlatih sendirian dulu sabelum tunjukkan pada yang lain
5. Berlatih, berlatih dan Berlatih jangan jemu
6. Jangan buat silap mata yang belum mahir
7. Jika ada peralatan, pastikan ianya tidak rosak
8. Pastikan rutin yang tebaik dan jadikannya platform persembahan anda
9. Gunakan keluarga atau sahabat karib sebagai penilai persembahan anda
10. Bila telah konfiden barulah buat persembahan dengan orang awam.
Apa yang penting anda harus mempunyai etika ahli silap mata yang betul. Belajar tanpa jemu, berlatih, berlatih & berlatih dan akhir sekali merahsiakan Ilmu Silap Mata itu sendiri. Selamat Mencuba.
Wednesday, September 24, 2008
Sabelum anda Belajar Silap Mata, Anda harus mempunyai Etika yang betul iaitu
ETIKA Bermain Silap Mata
- Harus Merahsiakan Teknik bagaimana ia dilakukan pada sesiapa sahaja.
Jangan mengulangi Permainan Silap Mata walaupun diminta berkali-kali
Jangan beritahu penonton apa bentuk silap mata anda
Penonton harus duduk dihadapan dan pastikan tiada orang dibelakang anda
Jarak Penonton kira-kira 5 hingga 8 kaki
Jangan buat silap mata yang belum mahir
Jika ada peralatan, pastikan ianya tidak rosak
Bercakap lancar dan tenang apabila buat persembahan
Gunakan Gaya Sendiri semasa persembahan
Jangan terlalu lama atau membebel semasa membuat persembahan.
Jangan nyatakan yang anda menggunakan jin atau makhluk halus semasa persembahan
Persembahan harus berkisar dari 10 jenis untuk 40 min permainan.
Jika gunakan binatang hidup pastikan tempat yang dikurung itu selesa.
Sunday, September 21, 2008
Apa itu Silap Mata Motivasi?
Dengan Menggunakan kaedah Silap Mata Motivasi penceramah dapat menerangkan dengan lebih efektif tanpa sedar. (Subconcious awareness)
Ia boleh digunakan untuk penceramah, guru-guru, pelatih, leader mlm, networker, juru jual dll.
Saya akan tunjukkan kaedah silap mata motivasi dalam persembahan saya diblog ini. Selamat Mencuba.
Salam Mesra dari Uncle Zin