Showing posts with label Silap mata Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Silap mata Motivasi. Show all posts

Thursday, October 1, 2009





KURSUS SILAP MATA JALANAN PERCUMA!
Sep 25, '09 10:00 AMfor everyone
Strolling Magician Free Course
Kursus Silap Mata Jalanan Percuma
Persatuan Harapan dan Aspirasi mencari Peminat Silap Mata yang berumur 17thn hingga 23 tahun untuk dibimbing menjadi Ahli Silap Mata iaitu Silap Mata Jalanan (Street Magician) untuk Majlis Perjumpaan Hari Raya pada 25th Oktober 2009.
Sesiapa yang terpileh akan dibimbing oleh Uncle Zin untuk memberikan persembahan yang menarik dan mengkagumkan. Jika Anda orang yang mempunyai minat dalam Permainan Silap Mata ini, sila hubungi Uncle Zin ditalian 97953416 atau emel ke harapandanaspirasi@yahoo.com.sg
ANDA AKAN DIBERI TIKET PERCUMA UNTUK KEMAJLIS INI!PEMILEHAN BERDASARKAN PADA BAKAT SEMULA JADI & MINAT!
SEGALA PEMBELAJARAN ADALAH RAHSIA!
Tawaran ini hanyalah untuk warga Singapura sahaja!


Saturday, October 4, 2008

Teknik Belajar Silap Mata

Teknik Belajar Silap Mata


1. Baca dan fahami isi Penerangan sabelum bermula, emel kepada pengarang jika ada soalan.
2. Fahami dari foto-foto atau video yang disediakan berkali-kali sahingga konfiden
3. Buat prop atau alatan dulu sabelum mulakan latihan dan kenali fungsinya
4. Berlatih sendirian dulu sabelum tunjukkan pada yang lain
5. Berlatih, berlatih dan Berlatih jangan jemu
6. Jangan buat silap mata yang belum mahir
7. Jika ada peralatan, pastikan ianya tidak rosak
8. Pastikan rutin yang tebaik dan jadikannya platform persembahan anda
9. Gunakan keluarga atau sahabat karib sebagai penilai persembahan anda
10. Bila telah konfiden barulah buat persembahan dengan orang awam.

Apa yang penting anda harus mempunyai etika ahli silap mata yang betul. Belajar tanpa jemu, berlatih, berlatih & berlatih dan akhir sekali merahsiakan Ilmu Silap Mata itu sendiri. Selamat Mencuba.


Sunday, September 21, 2008

Apa itu Silap Mata Motivasi?

Silap Mata Motivasi adalah kaedah menggunakan Silap Mata untuk menerangkan sesuatu secara visual impak dimana sesuatu yang grafik ditekankan melalui persembahan silap mata. Contohnya Impian ianya berbentuk seni tetapi akan dapat divisualkan dengan contoh persembahan silap mata dibawah ini..

Dengan Menggunakan kaedah Silap Mata Motivasi penceramah dapat menerangkan dengan lebih efektif tanpa sedar. (Subconcious awareness)
Ia boleh digunakan untuk penceramah, guru-guru, pelatih, leader mlm, networker, juru jual dll.

Saya akan tunjukkan kaedah silap mata motivasi dalam persembahan saya diblog ini. Selamat Mencuba.

Salam Mesra dari Uncle Zin